SAJAK..
Sajak merupakan Puisi Melayu Moden yang berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Tema-Persoalan pokok atau persoalan utama yang dikemukakan dalam sesebuah Puisi. Tema bolah juga diertikan sebagai pusat idea atau dasar.
_
___
Contoh-contoh Sajak.
_
DI KEJAUHAN
Apabila aku berada dikejauhan
Adakalanya ku kesepian
Asyik terkenang kampung halaman
Burung teman yang bersarang
Dan juga rakan teman
Dikala itu
akan ku tunjahkan akal yang sihat
merempuh tembok jeriji kelemahan
dengan iltizam untuk berjuang
Melihat mereka sekeliling gembira disampinya yang tersayang
Yang tercipta kegembiraan
ku hanya kesepian
tapi syukurku punyai teman seperjuangan
Menyatakan hasrat dalam satu semangat
kita harus teruskan
Perjuangan ini demi mencari keredaan-NYA
Keredhaan hakiki, keredhaan dirahmati
Dikala ini
Masa muda dilalui hanya sekali
Pinjamannya untuk berbakti
Pergunakannya agar kau tidak akan kesal
Di esok hari
Seperti nafas mereka yag tertewas
Ketenangannya ada disini
Tidak akan dikau ketemu tanpa usaha dan rahmtanya
Kebahagian tersirat dihati
tidak akan dikau rasa
Kerana
kau tidak pernah untuk menghayatinya.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653).
(BLOK L2, UPM SERDANG).
APA ITU KECANTIKKAN WANITA?
Kecantikkan seorang wanita bukan kepada rupa fizikal
tetapi pada murni rohani
Wanita yang cantik?
Adalah wanita yang tahu akal budi.
Adalah wanita yang sedia menerima segala teguran,
Adalah wanita yang sanggup menerima madu sebelum menelan racun.
Adalah wanita yang tenang dalam menjaga cahaya mata
Lapang dadanya mendidik kurniaan ilahi.
Adalah wanita yang baik sangka dari beriri hati.
Adalah Wanita yang tak pernah berputus asa.
Kecantikannya sepenuh hati
Wanita yang sanggup berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang tahu batas aurat dan pergaulan
merupakan
Kecantikan yang sempurna bagi seorang wanita itu.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(BUKIT EXPO UPM. SERDANG:23 FEB 2011)
APA ITU KEGAGAHAN LELAKI?
Kegagahan seorang lelaki bukan kepada pejal otot
badan,tetapi pada kekuatan perasaan,
Lelaki yang gagah?
Adalah lelaki yang tahan menerima sebuah
kehilangan,
Adalah lelaki yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah lelaki yang tabah menangung kerinduan
setelah ditinggalkan
Adalah lelaki yang tidak meminta-minta agar di
penuhi segala keinginan,
Kegagahan lelaki berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Muhammad yang sejati
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang lelaki.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(BUKIT EXPO UPM, SERDANG:23 FEB 2011)
KETENANGAN
Sayu mataku terlihat
Hatiku sentiasa terhalang
Jiwa meratap batin bergelora
Ombak derita, terpencil merasa
Ketenangan kucari tiada datang
Hanya masalah muncul tak diundang
Malam bertukar siang
tapi sukar untuk kubezakan
Mata hatiku tanpa makhrifat
sapaan jiwa terteka, fizikalku terasa bisanya
Meronta masalah meratapi
Meraung tanpa siapa yang peduli sendirian
Kristal kaca dilaut membiru
Sang camar mengepak tinggi
Awan putih bak kapas bergulung
umpama suci ia dilahirkan
ketenteraman jiwa meresapi di hatiku
melamabai-lambai ketenangan itu datang menyapa
Tiada ada apa dapat lagi untukku selindung
terbebas dari kemurungan yang menakutkan.
Ketenangan,
Memberi ilham sumber inspirasi
Pengembaraan untuk mencari sebuah realiti
Bukan satu perasaan untuk hukuman diri
Situasi ini,
Yang tak dapat ku ungkapkan
Kini aku beroleh satu ketenangan
Buat menghadapi segala mendatang
Itulah yang aku alami
Menghargai erti sebuah ketenangan
Anugerah milik-Mu Tuhan
Pemberian-Mu ku terima sepenuh hati
Hidayah-Mu memancar umpama suria
Menerangi jiwaku yang dulu kelam gelita
Dan sukar untuk aku ceritakan
Memperkatakan erti sebuah ketenangan
Yang kini memberikan ku seribu keyakinan
Dan kini,
sebuah harapan dalam meneruskan kehidupan
Dengan kecekalan sifat terpuji dan di rahmati.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(PUNCAK BROGA HILSS, SELANGOR)
SEDARLAH.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,
Untuk menuju kepangkal keimanan,
Bagi Mencapai puncak ketaqwaan-Nya.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,,
Membina ukhuwah persaudaraan,
Membanguni insani sepanjang zaman.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya,,
Menyemai amal untuk bekalan,
Menyisip makruf yang tertinggal.
Jika tak sedar hari ini,
sedarlah akan jalannya, Pintu taubat masih terbuka,
Nikmat kesihatan masih tersisa.
Jika tak sedar hari ini,
Intailah jalan pulang,
Semasa denyutan masih berbunyi,
Sebelum bercerai nyawa dari badan.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(BLOK L2, 133 UPM, SERDANG)
MENGENALI CINTAMU.
Dalam aku cuba mengingatimu,
Karam di hati terasa sayu,
Mencengkam rasa hati di palu,
Tenggelam diri bila berpadu....
Namun di ganggu kenangan lalu
Jauh merenung aku tidak menentu
Mengalun rasa rindu yang lari dari dirimu
Namun tidak putusku membina tembok cintaku untukmu
Betapa susah untuk aku mengenali cintamu
Bagai merentas semudera yang galak bergelombang
Bagai di tolak ke kekiri, kekanan setiap hentian
Menyintaimu itu hasratku
Akanku pancang setiap penghalang cintaku
Akan ku korbankan demi kasih keranamu
Agar dapatku bersatu denganmu
Hasratku satu mengenali cintamu
Hasratku impian
Niatku pengorbananku
Semoga berjaya
Untuk aku terus bercinta.
Amin.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(UPM SERDANG 2011)
KETENTUAN CINTA.
Bukankah Semestinya Cinta Yang Bisa Membuat Bahagia
Namun Kau Yang Tak Pernah Mahu Mengerti Ertinya Cinta…
Tak Habis Ku Berfikir Sampai Bila Begini,
Ku Menanti Rasakan Indahnya Cinta…
Ku Cuba Selalu Untuk Mengerti Tapi Tak Mampu Bertahan Lagi
Akanku Jalani Hidup Mengabdi Cinta Yang Pantas Untukku
Ikatan Cinta Sudah Berakhir Hanya Waktu Menemani..
Biar Kenangan Tersimpan Dihati..Mengapa Pertengkaran Selalu Ada Antara Kita
Dan Begitu Mudahnya Kau Ucap Kata Ingin Berpisah
Seharusnya Kau Tahu, Takkan Semudah Itu
Bila Memang Kau Tulus Mencintaiku…
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(UPM. SERDANG)
KEINDAHAN WANITA.
Keindahan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
Sosok yang ia tampilkan, atau cara dia menyisir rambutnya.
Keindahan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
Kerana itulah pintu ke dadanya, tempat di mana cinta berada.
Keindahan seorang wanita tidak dalam paras wajahnya,
Tapi keindahan yang sebenarnya pada seorang wanita tercermin dalam jiwanya.
Ghairah cintanya, kasih hatinya dan suci sayangnya tidak juga menggambarkan
keindahan wanita sejati adalah...
Wanita yang sentiasa tahu akan batas dan menjaga akhlaknya.
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(UPM SERDANG, SELANGOR:2011)
PENDAKIAN MATLAMAT.
Di puncak ciptaan-Mu kaki memanjat
Mendaki cenuram bergigi besi
Panas sang mentari mengigit rakus
Seakan membakar semangat hati yang kukuh
Bagai tembok besi telah dirempuh
Mencapai matlamat dalam lahar yang membakar
Semangat ditiup bahang membara
Bagi mencapai matlamat yang dituju.
Tiupan gelombang taufan bisaku tempis
Mengaum bak singa lapar yang sedang mengganas amarahnya begitu
Kaki melangkah lemah makin terasa
Kalam Allah sentiasa terlekat di bibir
Allahuakhbar..Allahuakhbar laungan setiap ketika
Bagai penyambung semangat pendekar di medan pahlawan.
Menyambung nasib setiap ketika
Sepanjang masa penuh harapan
Semakin dekat mencapai matlamat yang ingin dituju
Semakin rakus pukulan ombak batu penghalang.
Kekuatan hati perlu disemai
Supaya tidak terjatuh dalam lautan keputus asaan..
(NIK FAZLI BIN MOHAMAD
153653)
(BLOK L2 133. UPM SERDANG: 2011)