Contoh-Contoh Tugasan...
Preview Teater "Harga Sebuah Maruah"
PENGENALAN
Definisi kesusasteraan sering dikaitkan dengan asal usul perkataan ‘’sastera’’ yang berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘’castra’’ dan di sebut ‘’syastra’’ membawa erti kitab suci.. Kesusasteraan pula bermaksud kesenian persuratan yang bersifat halus dan indah. Dalam menjelmakan pemikiran atau idea, seorang penulis atau penghasil sesebuah karya kreatif imaginative akan berusaha menggabungkan dan memadatkan daya rasa (sensori) atau sensitivity mereka dimana mereka dapat menyuntik perasaan kahalayak melalui olahan fenomena yang di ungkapkan sehingga menjadikan sesuatu karya sastera yang berhasil kepada audiens atau pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu mempunyai dua bentuk dan genre kesusasteraan melayu iaitu prosa dan puisi. Dalam prosa kesusasteraan terdapat dua jenis prosa iaitu prosa klasik dan prosa moden. Drama adalah genre sastra yang dihasilkan oleh pengarang dalam bentuk satu penulisan yang bertujuan untuk dipentaskan. (Mana Sikana:2005) . selain itu drama merupakan satu cabang seni sastera (SASTERA) yang mana amat memengtingkan dialog, gerak atau perbuatan dimana dalam penghasilan drama, sesuatu drama itu memerlukan ruang, waktu dan audiens. Dalam adalah satu lakon (aksi) yang mana para pelakon seharusnya perlu memahami apa yang dikehendaki oleh skrip ini kerana drama adalah karya kreatif yang berbentuk skrip, berupa suatu komposisi penciptaan prosa atau puisi yang membawa pemikiran, tema dan persoalan dengan menggunakan dialog sebagai mekanisme untuk menyampaikan apa yang diperlukan oleh skrip. ini ialah perubahan terhadap sesuatu perkara menginkut peredaran masa.
“PREVIEW” PEMENTASAN TEATER “HARGA SEBUAH MARUAH”.
Dalam Ulasan kertas kerja ini kita akan mengulas berkaitan dengan sebuah Novel karya Azizi Hj Abdullah yang bertajuk “Harga Sebuah Maruah” yang telah memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Sempena 50 tahun DBP. Jalan cerita Novel ini telah diadaptasikan menjadi sebuah pementasan teater Perdana DBP 2011 dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Drama ini dipentaskan oleh Kumpulan Teater Badan Budaya DBP dan gadingan bersama Seni Grup Teater Pusat Pengajian Seni (USM). Drama ini merupakan sebuah drama yang berbentuk Surealisme dimana jalan cerita, watak dan perwatakan adalah benar kesemuanya. Sinopsis Drama “Harga Sebuah Maruah” yang telah diadaptasi daripada novel karya Azizi Hj Abdullah ini bermula apabila ketenangan Kampung Kertau tiba-tiba berkocak apabila sebuah syarikat mencadangkan pembangunan kampung itu untuk membina projek kolam udang. Cadanagan yang dibawakan oleh Derani (Rasdi Daud), Pengerusi JKK kampung itu telah ditentang oleh Cah (Khamsah Abdullah) seorang janda dan anaknya tidak berapa cerdik. Tentangan Cah terhadap projek yang boleh merosakkan tanaman padi dan kemudiaan telah disokong oleh beberapa orang kampung antaranya Azmi (Prof Madya Dr Haji Abdul Samat Salleh) yang diaanggap Mandela, Saad, Kader, Pak Kassim dan lain-lain. Tuk Imam yang mula-mula menentang kemudiaanya telah berpaling tadah dengan menyokong Derani setelah mereka dijanjikan dengan wang pendahuluan sebanyak RM5000 ringgit sebelum menerima wang pampasan ribuan ringgit, turut menyokong Derani dalam projek tersebut ialah Sulaiman (Dr Mohd Kipli Abdul Rahman) anak sulung Cah yang tinggal di Kuala Lumpur, konflik antara kampung semakin hebat apabila kontraktor mula memasuki kampung dan mengorek sawah. Sawah bukan sahaja warisan tradisi dan rezeki mereka selama ini, tetapi merupakan simbol “warisan dan maruah” mereka yang perlu dipertahankan temurun demi temurun. Cah dan Hijrah (Norhelmi Othman) telah hilang sabar dan melawan lalu terus melawan pemandu Traktor yang akibatnya mereka ditahan Polis. Orang kampung mula berhimpun dan bangun melawan. Mereka diketuai oleh Azmi dan Hijrah. Konflik Hijrah dan Sulaiman juga berlaku. Cah tahu yang tanah sawahnya itu akhirnya akan terkorban juga, tetapi yang menyebabkan kekecewaan dan kemarahannya adalah apabila anak sulungya sendiri yang menyuruh dia menjual tanah sawah. Disinilah “Maruah”nya tercabar dan dirasakan hilang.
Dalam teater “Harga Sebuah Maruah” yang telah memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Sempena 50 tahun DBP ini kita dapat lihat bagaimana para pelakon melakonkan semula secara realiti konflik yang terjadi dalam cerita ini, dimana ia bersifat “Surealisme” yang mana membawa kepada keadaan yang benar-benar berlaku. Hal ini kita dapat lihat daripada latar dalam cerita ini, Latar tempat dan latar masa dalam cerita ini adalah latar yang betul-betul iaitu di sebuah kampung yang bernama Kertau dan di kampung tersebut benar-benar wujud dan tidak dalam alam khayalan serta ekonomi penduduk kampung tersebut adalah daripada aktiviti menanam padi iaitu penduduknya merupakan pesawah. Begitu juga dengan latar masa yang dipaparkan dimana adanya waktu siang dan juga waktu malam, latar masa ini ditonjolkan menggunakan teknik pengcahayaan yang ditugaskan kepada Jamil Anuar yang telah membantu membezakan waktu malam dan juga waktu siang. Dalam cerita ini juga props yang digunakan banyak dibantu oleh teknik penggunaan “slide show” bagi menerangkan perkara yang akan terjadi contohnya semasa kemasukkan jentera dan juga semasa jentera sedang menimbus lot-lot sawah padi. Props yang terlibat juga menggunakan bahan-bahan yang betul-betul dan bersifat realiti dan boleh difahami oleh para penonton.
Selain itu para watak juga adalah benar-benar wujud dimana pelakon Utamanya yang bernama Cah yang mana merupakan watak manusia yang benar-benar wujud dan cirri perwatakan watak ini adalah seorang janda yang mempunyai 2 orang anak lelaki, perwatakan Cah ini digambarkan sebagai seoarang yang tegas dan tetap pendirian dalam sesuatu perkara. Selain itu watak-watak lain yang ditonjolkan seperti watak Hijrah yang dilakonkan oleh Norhelmi Othman ini digambrkan seorang yang panas baran tetapi seorang yang bertanggunjawab dalam hidup kerana perwtakan yang ditonjolkan oleh Hijrah ini adalah beliau sangat menghormati Ibunya dan juga seorang yang mengambil berat terhadap orang lain ia dapat dilihat apabila sawah Pak Kassim mula ditimbus oleh jentera Hijrah mula bersuara dan menghalau para kontraktor yang sedang bekerja. Walaupun disini kita dapat lihat perwatakan Hijrah yang dikatakan seoarang yang tidak pandai kerana ia tidak belajar sehingga masuk Univeristi tetapi ia seoarang yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi. Berbeza pulak dengan watak abangya iaitu watak Sulaiman walaupun belajar sehingga masuk Universiti tetapi perwatakan dia yang sangat mementingkan akan wang ringgit semta-mata dan seorang yang angkuh dan tidak kenal asal-asulnya sebagai anak pesawah kerana sanggup mejual dan menerima duit pendahuluan sebanyak RM5000 ringgit. Watak dan perwatakan yang ditonjolkan dalam pementasan teater ini semuanya merupakan apa yang benar-benar terjadi dalam kehidupan seharian dimana keadaan, peristiwa dan konflik seharian ini dirakamkan dan dipentaskan menjadi sebuah teater.
Begitu juga dengan jalan ceritanya yang tersusun dimana terdapatnya permulaan cerita ini dengan kemunculan watak Utama dan berlakunya pengenalan semua watak yang terlibat, selepas itu dimasukkan permulaan konflik serta klimaks cerita ini dimana orang kampug ramai yang menentang dan ada yang ditangkap oleh pihak berkuasa dan wujudnya peleraian bagi cerita ini, walaupun peleraian yang ditonjolkan oleh pengarang bukannlah bersifat “Happy Ending” tetapi para penonton dapat mengetahui bahawa peleraian dalam cerita ini sudah berlaku. Kronologi cerita ini boleh dikatakan tersusun menginkut kronologi jalan cerita.
KESIMPULAN.
Secara kesimpulannnya, drama merupakan nadi penting bagi bagi bidang kesusasteraan kerana melalui drama pengaran dapat menyalurkan idea pemikiran ynag bersifat didaktik dan dapat menjelaskan kepada audiens dimana melalui pementasan sesebuah teater. Oleh itu setiap pihak haruslah menyokong usaha yang dilakukan oleh pengiat teater tanah air bagi membantu meningkatkan lagi mutu kesusasteraan melayu dan memartabatkan lagi kualiti tetaer di Malaysia.
Bincangkan mengenai persiapan dan persediaan seseorang sebelum membuat persembahan pentas. Tekankan pada aspek lakonan dan gunakan latihan objek Uta Hagen sebagai asas.
PENGENALAN
Perkataan ‘teater’ dipercayai berasal daripada perkataan ‘theatron’ dalam bahasa Yunani atau Greek Tua. Perkataan ini membawa maksud tempat duduk penonton atau stage. Dalam satu pementasan teater, pelbagai elemen yang akan digabungkan. Antaranya ialah pencahayaan, bunyi, kostum, props dan skrip. Tetapi, salah satu elemen yang paling penting dan wajib ada dalam sesuatu pementasan ialah pelakon. Pelakon memainkan peranan yang sangat penting sebagai penggerak pementasan.
Walaubagaimanapun, sebelum membuat sesuatu pementasan, seorang pelakon perlu melakukan persiapan dan persediaan yang rapi dari segi lakonan. Dalam hal ini, 10 latihan objek Uta Hagen boleh digunakan untuk menjadi panduan seseorang pelakon. Panduan ini boleh membantu seseorang pelakon untuk lebih menghayati watak-watak yang diberi dan mampu membawanya dengan lebih baik. Antara 10 latihan objek yang dimaksudkan ialah the basic object exercise, the fourth wall, talking to yourself, conditioning forces dan outdoors.
ISI-ISI PENTING
1. The basic object exercise
Latihan objek yang pertama ini bermaksud mewujudkan tingkah laku yang membawa kepada pencapaian objektif dengan mudah. Menjalankan objek asas ini tidak memberi penekanan ke atas apa-apa masalah teknikal yang tertentu. Ianya hanya perlu menguji keupayaan anda untuk mewujudkan semula dua minit kehidupan anda dan mempersembahkannya. Contohnya, jika seorang pelakon diberi satu objek seperti botol air, dia akan menggunakan kreativitinya untuk mempelbagaikan penggunaan objek tersebut. Seseorang pelakon harus melakukan latihan objek ini supaya mereka dapat menghayati watak yang diberikan dengan baik.
2. The fourth wall
Latihan objek ini bermaksud pelakon harus merasakan dia berada di dalam satu bilik yang dikepung dengan empat dinding tetapi masih tidak mengabaikan kawasan visual penonton. Dengan cara ini, para pelakon akan diberi peluang untuk menghayati wataknya tanpa ada gangguan luar. Seseorang pelakon akan lebih yakin untuk melakonkan sesuatu watak jika dia menganggap dia sedang duduk seorang diri tanpa diperhatikan oleh orang lain. Lakonannya akan menjadi lebih bersahaja kerana dia tidak berasa malu walaupun dia sebenarnya sedang diperhatikan oleh penonton.
3. Talking to yourself
Latihan objek ini bermaksud monolog. Monolog merupakan cara lama yang telah muncul dalam bentuk yang berbeza-beza dan ianya begitu banyak dalam kesusasteraan dramatik. Bentuknya sentiasa bergantung pada permintaan yang tinggi pada suatu masa tersebut. Dari satu abad ke satu abad, monolog telah diselaraskan persembahannya. Monolog telah menjadi satu persembahan di mana seorang pelakon akan berada seorang diri di atas pentas, bercakap dengan dirinya sendiri, dengan objek di sekelilingnya atau dengan watak lain. Jika monolog itu mempunyai lebih dari satu watak, pelakon itu akan memegang kesemua watak itu walaupun dia seorang diri di atas pentas. Di sini, kemampuan seorang pelakon itu akan teruji kerana tiada bantuan dari pelakon lain ketika berada di atas pentas. Ianya hanya bergantung kepada keyakinannya beraksi di atas pentas. Walaupun seseorang itu bercakap dengan kuat pada dirinya sendiri kerana dia tidak siuman, monolog akan sentiasa menjadi perkataan yang mewakili pemikiran watak itu atau sebahagian daripadanya.
4. Conditioning forces
Maksud latihan objek ini pula ialah belajar menggabungkan tiga atau lebih pengaruh deria. Contohnya rasa panas, tergesa-gesa, gelap, sakit fizikal dan sejuk. Masalah yang lebih kompleks akan timbul apabila kita berdepan dengan lebih daripada satu perasaan pada masa yang sama. Contohnya, apabila kita mengalami sakit belakang, pada masa yang sama kita mempunyai rasa sakit kepala.
5. Outdoors
Latihan objek ini bermaksud perhubungan dengan ruang dan alam semulajadi. Walau secantik dan sehebat mana pun perekaan set yang dibuat, seorang pelakon tetap perlu membawa perhubungan itu ke atas pentas. Untuk mencapainya, kita harus bijak menangani hubungan deria dan fizikal dengan angkasa, alam semula jadi serta aspek psikologi. Contohnya, apa yang kita akan rasa jika kita melihat matahari terbenam, pantai, tasik dan sebagainya. Selain itu, seseorang pelakon itu harus meneroka bagaimana rasanya berehat ketika mendaki gunung, mandi laut di tengah panas terik matahari dan sebagainya. Oleh itu, seorang pelakon perlu mengalami semua ini supaya dapat mengaplikasikannya ketika berada di atas pentas. Kesannya, pelakon itu akan lebih mudah membiasakan diri dengan apa jua keadaan yang direka dia atas pentas mengikut skrip walaupun ianya sangat asing buatnya.
KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah, 10 latihan objek ini sememangnya banyak membantu seseorang pelakon itu sama ada dalam usaha menghayati watak, gerak tubuh dan meningkatkan daya kreativiti masing-masing. Seorang pelakon akan dapat membawakan watak yang diberi dengan lebih mudah dan berkesan dengan adanya 10 latihan panduan ini. Oleh itu, diharap agar para pelakon yang berkecimpung dalam bidang lakonan ini akan mengambil latihan objek ini sebagai panduan supaya mereka dapat menjadi seorang pelakon yang hebat dan berani mencuba pelbagai watak.